kiranya kau semakin tidak bermaya . semakin hari semakin kau meng'off'kan dirimu tanpa disuruh olehku . mengapa kau buat begini ? mengapa ? aku menyedari diriku tidak ada apa - apa , tapi tidakkah kau rasa bersalah bila aku memerlukanmu untuk menghantar texts kepada boyfriendku dan memanggil ahli keluargaku ketika kecemasan . tidakkah kau kasihani diriku yang malang ini . mengapa kau tidak memahami diriku dalam keadaan begini .
selama 4 tahun kita bersama tidakkah kau memahami diriku ini ? mengapa handphone ? mengapa ? bila aku mengajukan soalan seperti ini kau mendiamkan diri dan mengecahayakan dirimu dengan lampumu . lampumu juga berguna bagiku untuk menyuluh ruang bilik di kala malam dan di kala aku hendak membuang air kecil juga pada waktu malam .
tidakkah kau menyedari betapa aku menyayangimu wahai handphone ? pernahkah ia terlintas di wayar - wayarmu itu ? jika kau mahu pergi sekurang - kurangnya tunggu aku cukup wang untuk menggantikan dirimu itu . bertahan ya sayang . aku akan tetap menyayangimu :)