WELCOME TO BLOG UMI DANIA YUSOF :)

Wednesday, January 2, 2013

pelupa ?

assalamualaikum and hai :) apa khabar semua ? sudah 2013 dah kita kan . hello twenty years :) tua dah si UDY nie . haha . so apa azam tahun baru korang . alaar jangan tipu lah . mesti ada punya . lepas tu esok mesti lupa balik . haha . biasa lah tu . tp korang tahu tak apa sebab - sebab korang jadi pelupa ? nak tahu tak ? kalau tak nak sila ke blog lain . muhahaha . haha . just kidding :p jom kita tengok jenis - jenis penyakit pelupa or memory disorder :

1. memory slip.
berapa kali korang lupa mana kunci korang letak ? bila jumpa orang and kau nak kenalkan rakan kat sebelah kau tetibe korang lupa nama dia . sound familiar kan ? so kalau korang pernah alami benda - benda macam nie , ini dipanggil Memory Slip.

bila kita dah makin tua , kita makin susah nak berikan tumpuan kepada beberapa kerja . so bila banyak sangat benda yg korang fikir kepala korang akan jadi serabut . so , otak korang tak dapat cope . bila information tu dihantar kepada otak kita , memory kita just akan switch off .

so bila kita dah tua , benda nie akan kerap terjadi sebab bila kita semakin tua , kita akan kurang belajar benda baru . so , otak kita akan kurang exercise . the good news is korang boleh buat macam - macam cara nak tingkatkan memory korang .
hello ? are you okay ?
2. alcohol-related dementia.
Dementia tu apa wei ? Dementia tu terjadi akibat daripada kesan toksik dalam otak kita . so , bila ada perkataan alcohol tu korang mesti tahu kan . toksik yg terjadi akibat daripada alcohol .

gangguan otak nie biasanya akan terjadi bila orang tu minum alcohol dalam jangka masa yang panjang . orang - orang nie akan mengalami short - term memory . mengikut kajian , 10% generasi pada hari nie diserang penyakit nie . so be careful yar :)

kebiasaanya 25% orang yg mengalami penyakit nie akan pulih dengan baik . lagi separuh akan pulih sebahagian je tapi perlukan sokongan daripada orang lain untuk uruskan kehidupan harian diorang . others , tak dapat dipulihkan dan perlukan sokongan sepanjang hayat diorang .
minum jus lagi best okay ! 
3. mental blocks
mesti ada orang complain pasal pemikiran diorang jadi blank terus terutamanya bila umur diorang semakin meningkat kan ? benda nie kerap terjadi bila otak kita macam lose track dengan apa yg dirancang oleh otak kita .

bila umur kita meningkat , memory kita akan semakin kurang capacity . kiranya macam computer lah . mesti ada limit memory nya yg boleh disimpan kan ? kalau dah tak cukup memory belilah hard disk . so bila memory dah nak dekat penuh , korang akan fikir pendek berbanding time masa muda . biasannya benda nie terjadi bila pemikiran dipadam oleh pemikiran yg lain .

good news nya pulak benda nie boleh dipulihkan bila kita selalu exercisekan otak kita . banyak benda kan boleh buat . main game ke , meditation , exercise macam jogging ke , bersukan ke , macam - macam lah .
sometimes u forget that u're adopted.
4. dementia.
aik ? dementia lagi ? sama macam no 3 kan ? biar betul umi dania nie ? bagi salah info ke ? haha . meh aku terangkan . lepas tu korang bezakan sendiri . perkataan dementia tu merujuk kepada sekumpulan symptoms yang disebabkan penyakit kat otak . symptoms dia biasanya termasuk masalah kepada memory , ucapan dan lain - lain .

biasannya dia akan mengalami short-term memory . so , kemungkinan besar orang yg mengalami dementia nie akan lupa nama diorang sendiri , keluarga dia , kawan - kawan , or macam mana nak buat urusan harian . tapi dia akan simpan long-term memory dia . so , dia akan ingat sebarang event yg lepas .

orang yg dapat penyakit dementia nie maybe susah nak cari perkataan yg betul untuk berkomunikasi or diorang akan susah faham apa yg orang cakap kat diorang .
what are you talking about ?
5. post-traumatic memory loss
bila stress menyerang , ia akan buatkan cell dalam otak kita mengalami perubahan fizikal dan seterusnya akan menyebabkan long-term memory loss . benda nie akan terjadi bila suatu kejadian yg buruk dan askar - askar boleh mengalaminya daripada peperangan .
i am once a soldier's dog
okay , so itu serba sedikit pasal jenis memory loss . korang punya yg mana ? haha . kena selalu exercise otak okay . take care readers :)